Utusan Cinta Malaysia
    Home  |  Soalan  |  Jemputan  |  Aduan  |  Daftar  |  LoginMawaria Lama    
  FAQ

Siapakah yang boleh menjadi ahli?
Individu Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Individu kurang 18 tahun mesti di bawah pengawasan ibubapa atau penjaga.

Bagaimanakah caranya saya boleh mendaftar?
Anda boleh mendaftar secara percuma dengan menggunakan email yang sah.

Berapakah bayaran menjadi ahli?
Keahlian adalah percuma (kecuali anda ingin membuat pengiklanan).

Apakah username yang boleh saya gunakan?
Anda boleh menggunakan sebarang username kecuali email, telefon dan perkataan yang tidak baik.

Bolehkah saya mendaftar lebih dari satu username?
Anda tidak boleh mendaftar lebih dari satu username tanpa sebab yang munasabah.

Apakah yang perlu dilakukan jika saya terlupa password?
Anda perlu meminta semula password dengan email pendaftaran anda.

Apakah yang perlu dilakukan jika saya terlupa email pendaftaran?
Anda boleh menghubungi kami dengan menyertakan username dan nama sebenar anda.

Bagaimanakah dengan kerahsiaan maklumat saya?
Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi dengan sebab apa pun (kecuali diminta secara rasmi oleh kerajaan).

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan email dan telefon ahli yang lain?
Anda boleh menghubungi mereka dengan menggunakan sistem mesej. Kami tidak akan mendedahkannya.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi dan dihubungi oleh ahli yang lain?
Anda mesti menyertakan foto profil anda yang sebenar. Foto album saja tidak melayakkan anda untuk diupgrade.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi dan dihubungi oleh ahli yang lain tanpa perlu foto profil?
Anda boleh menyertai Malaysiawan.

Kenapakah foto saya perlu ditapis dulu sebelum diluluskan?
Kami ingin mengurangkan risiko foto profil palsu dari digunakan.

Adakah jaminan tiada profil palsu?
Kami tidak menjamin tiada profil palsu. Sila beritahu kami bila anda terjumpa profil palsu.

Bilakah foto saya akan diluluskan?
Foto anda biasanya akan diluluskan dalam 24 jam hingga 3 hari. Foto yang gagal akan dipadam.

Bolehkah saya masukkan foto-foto lain?
Anda boleh masukkan foto lain dalam album anda bukan sebagai foto profil anda.

Bolehkan saya masukkan foto yang kurang sopan?
Anda tidak boleh masukkan foto yang kurang sopan atau yang serupa dengannya. IP anda boleh direkodkan.

Bagaimanakah menghalang foto saya dari muncul sebagai foto pilihan biasanya di laman utama?
Anda boleh menggunakan feedback form dengan menyertakan username anda.

Adakah cara lain untuk saya boleh menjadi ahli premium?
Keahlian berbayar telah ditutup. Anda perlu menyertakan foto anda yang sebenar.

Bagaimanakah dengan keahlian premium berbayar sebelum ini?
Anda boleh menuntut wang anda dengan menyertakan akaun paypal anda. Jumlahnya mengikut tempoh purata.

Berapakah lama tempoh keahlian saya?
Tempoh keahlian anda ialah satu tahun. Anda boleh mengaktifkannya semula secara percuma selepas satu tahun.

Bagaimanakah keahlian saya boleh digantung?
Keahlian anda boleh digantung bila anda mencipta profil palsu, tidak beretika atau yang serupa dengannya.

Bagaimanakah saya boleh membatalkan keahlian saya?
Anda boleh membatalkan keahlian anda dengan sebab apa pun. Anda dinasihatkan memadam semua foto dan profil anda dulu.

Bagaimanakah saya mengaktifkan semula keahlian saya yang batal?
Keahlian yang batal boleh diaktifkan semula dengan menghubungi kami atau mendaftar semula sebagai ahli baru.


  Ahli Terbaru


Johor Kedah Kelantan Kuala Lumpur Labuan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Putrajaya Sabah Sarawak Selangor Trengganu
Brunei Singapore Indonesia Thailand Philippines Myanmar Vietnam Cambodia Laos Timor Leste